Malaysia, 25 Agustus 2024 – Insititut Agama Islam Negeri ( IAIN ) telah mengadakan program sosialisasi jurusan Ilmu Hadis di Universitas Sains Islam Malaysia untuk memperkenalkan pelajar kepada kepentingan mempelajari dan memahami hadis sebagai sumber utama dalam Islam. Acara ini bertujuan untuk menarik minat generasi muda dalam mendalami ilmu agama, khususnya bidang hadis, demi melahirkan ilmuwan Islam yang kompeten dan berwawasan luas.

Program ini diisi dengan sesi penerangan oleh pensyarah terkemuka, termasuk penjelasan tentang kurikulum jurusan Ilmu Hadis, peluang kerjanya dan relevansi kajian hadis dalam menghadapi isu-isu semasa. Para peserta juga diberi peluang bertanya langsung kepada tenaga pengajar dan alumni yang telah berjaya dalam bidang tersebut. Menurut penuturannya, “Ilmu Hadis adalah asas penting dalam memahami dan mengamalkan ajaran Islam dengan benar. Jurusan ini menyediakan ruang untuk mengkaji hadis secara mendalam sesuai dengan keperluan zaman.”

Acara ini mendapat sambutan positif dari mahasiswa/mahasiswi Universitas Sains Islam Malaysia dan bapak ibu serta dosen pengajar yang hadir. Salah seorang peserta, Kayla Jasmine, menyatakan, “Saya kini lebih memahami peranan Ilmu Hadis dalam kehidupan dan tertarik untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini.” Pihak Insititut Agama Islam Negeri ( IAIN ) berharap sosialisasi seperti ini dapat mendorong lebih ramai pelajar untuk memilih Ilmu Hadis sebagai bidang pengajian utama, sekaligus melahirkan generasi yang berkomitmen terhadap pemeliharaan dan penyebaran ajaran Islam

Unsur Pimpinan Fakultas Ushuluddin dan Dakwah, IAIN Sultan Amai Gorontalo bersama Ketua Jurusan Ilmu Hadis Berkunjung ke Kaunter Zakat UKM

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *